Friday, May 29, 2009

Selamat Datang


Selamat datang kepada pengunjung blog e-Chalenge SMKE7 Taiping. Blog ini dibina khas sempena Pertandingan Aplikasi Web 2.0 Dalam Pendidikan yang dianjurkan oleh Anak Perak UPSI 2009, dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang & Selama.

Pertandingan ini dijalankan bertujuan bagi mempertingkatkan lagi pengetahuan ICT terutamanya dalam teknologi web terbaru, iaitu Web 2.0 dikalangan pelajar-pelajar dan guru-guru.

Pertandingan Aplikasi Web 2.0 ini akan menggunakan platform Google for education seperti Google Docs, Picasa, Blogger, dan Twitter & Wikipedia Kami dari kumpulan SMKE7 Taiping merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi tahniah kepada pihak penganjur yang berjaya menganjurkan program ini; lebih-lebih lagi ianya dijalankan sempena Bulan ICT Daerah Larut Matang Dan Selama 2009.

Dengan peluang ini, insyaAllah kumpulan SMKE7 Taiping ini akan berusaha dengan azam dan semagat yang tinggi merebut kemenangan dalam pertandingan maya ini, disamping mendapatkan tambahan ilmu berkaitan penggunaan ICT dalam kehidupan ini.

Terima kasih.

RSS Digg Twitter StumbleUpon Delicious Technorati

0 comments: